Bila kena tegur oleh Prof Harith aka "Professor of Doom" (dia sendiri mengaku), aku pulak jadi mangsa ayat 'terus terang'. Betul katanya, I'm a poor student. Tapi dia tak perlu la kritik pasal headphone aku kat leher, sedangkan dia sendiri pakai informal. lulz.
Walaupun dah tau kita ni study main2 je... dan study untuk exam... buat eksperiment just nak cukupkan jam kredit... tapi bila kena tegur baru la aku 'terasa'. Rasa cam nak nangis pon ada.
Thanks Prof Harith, selama ni aku yg straightforward kat orang, aku pulak kena.
Aku kata aku kuat kan...
tapi kelemahan aku ialah... er... ada yg lebih mendalam. Tapi aku sebenarnya sensitif. Kadang2 benda remeh korang ckp pon leh buat aku terasa, tapi aku diam, aku push it aside sebab perkara kecik je. Aku takkan lupa. Tapi aku buat bodo. Lama2 aku tak fikirkan sangat pasal tu.
Kelemahan lagi... aku ni suka bangga diri. Walaupun aku rendah diri daripada kebanyakan orang (contohnye... aku tak suka mengaku diri ni comel. Oops, aku kenakan org lagi...), ada je something pasal diriku yang aku bangga sangat.
Kelemahan lagi... Risau sgt kat kawan? being protective. Rasa cam nak lindungi orang lain. Kadang2 aku buat hal peribadi diorang jadi cam masalah aku lak. Bukan aku paksa diri.. aku tau takde orang mintak. tapi perasaan cam nak jadi 'hero' ni datang secara semulajadi. Aku taknak tengok diorang dilukai lagi. Or worse, taken advantage of.
Tapi cara aku sangat unik dan susah untuk diterima... sebab walopun aku cuba lindungi orang lain, aku tak pandai jaga hati orang. Aku main lepas cakap sukati aku... walopun cara aku tak berhikmah, tapi ada hikmah sebaliknya. Macam apa Prof Harith buat kat aku. Dia tak jaga hati student pon. Walopun aku sendiri tak puas hati, tapi aku boleh relate dgn cara dia... maka aku faham kenapa dia buat camtu kat aku. Menggerunkan, tapi sangat kakkoiiii!
Aku sayang kawan2ku... walaupun diorang penah sakitkan hati aku... walaupun aku tak puas hati dengan diorang. Aku cuma gagal tunjukkan appreciation atau 'kasih sayang' je. Biasanye dgn kata2 kejamku ada maksud tersirat. Tapi aku ni tak mudah untuk difahami - takde sape yang memahami aku. Tapi takpe. Aku memang lebih suka kalo orang tak faham aku. Entah sape dapat terima aku begini. Tahniah kalo berjaya endure with me.
Which leads to kelemahan paling kritikal aku; iaitu perasaan tidak layak dilahirkan. Aku malas nak citer... tapi rasanye lagi teruk daripada masalah anda.
About the last post... aku tak sebut sape nama. Perenggan tengah2 tu pulak secara umum.
I'm sorry, again.
hai vien,
ReplyDeletehehe dah lama tak komen nie.hrmm... well dun la mcm nie.kita suma kan kwn.sehidup even tak semati.
mmg previous entry tak ckp nama...tapi obvious kan bagi geng kita..
before this ingat tak kita pun penah gado pasal tulis2 blog nie..hehe masa tu pun aku melenting smp aku dah takda blog dah skng.
ada org bgtau aku yg ko syg sgt kt kwn ko.
kitaorg syg gak kt ko(betol ni!)3 thn beb kita suma bersama.
niat kau mmg baek nk protect kwn, tapi ayat ko ..sgt sarcastic mcm tu. well maybe itu cara ko meluahkan perasaan.
tetapi vien, sebilangan org cam aku sensitif gak ayat2 sarcastic ni. BUT after that, aku trima sifat ko yg sgt berterus-terang sbb aku pun punya sifat yg aku tau kau tak suka iaitu i'm not a decent friend.
so, aku pun mengharap ko ley trima kelemahan aku.
sama spt kau, iaitu ingin menjadik diri sendiri, org lain pun ingin menjadik diri sendiri. tetapi bila menulis ttg org yg rapat ngan kita dan dibaca oleh kwn2 nya, haruslah berhati2 bagi menjaga air muka nya.chewaaa
kita sama2 kekalkan persahabatan yg mulia ini kerana kita suma ditakdirkan bertemu pada waktu yg sesuai, keadaan yg sesuai dan keinginan yg sesuai.
God have planned this from the beginning for us to be friends. mesti ada hikmahnya kan
akhir kata, kitalah guide sesama kita. tak kisah masalah apa, at least kita ada seseorg utk kita harapkan even dgr masalah kita.
friend forever.
Yg ikhlas,
XOXO ily yg dah takde blog.haha